DUNGUN - PAS Dungun menjadi kawasan yang pertama berjaya menubuhkan Kelab Veteran PAS selepast ditubuhan di peringkat negeri, apabila dengan rasminya ia ditubuhkan oleh PAS Cawangan Sura Tengah, disini.
Majlis penubuhan kelab tersebut diadakan dalam satu majlis pada jam 5.00 petang di Masjid Lama Sura, 10 November 2009, lalu.
Ketua penajanya, Ustaz Harun Daud berkata, 30 ‘orang lama PAS’ telah hadir dan bersepakat pada mesyuarat pertama itu bagi memilih 10 ahli jawatankuasanya.
Beliau berkata, kelab berkenaan akan berusaha mengumpul seramai mungkin ahli-ahli dikalangan ‘veteran’ yang akan bertindak menyalurkan idea-idea kepada PAS Kawasan dan negeri, untuk dikongsi bersama antara pemimpin semasa dengan bekas pimpinannya.
“Kemungkinan pada masa muda remaja, dia (veteran) memang seorang yang aktif tetapi apabila telah lanjut usia mereka (veteran) tidak ada ruang dan ‘platform’ untuk bersuara dan menyampaikan pemikiran,
“Inilah (kelab veteran) yang akan menjadi ruang dan peluang untuk golongan (veteran) ini memberikan pandangan dan idea masing-masing untuk perjuangan Islam PAS,” jelasnya.
Dalam majlis itu juga, katany, ahli-ahli kelab tersebut telah berikrar dengan segala usaha dan tindakan bagi menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.
(dipetik dari http://buletinonline.net)